Opening :.

Thursday, March 11, 2010

KUNCI KETAHANAN JIWA

1. Sabar:
· Dalam menghadapi kerenah kawan-kawan.
· Kekurangan belanja atau kewangan kerana kesempitan keluarga.
· Berjauhan daripada keluarga.
· Kletihan fizikal saban hari.
· Kongkongan disiplin dan undang-undang sekolah.
· Kesusahan yang berpunca dari alam sekitar seperti kedaifan keadaan di asrama, kesusahan perjalanan pergi dan balik dari sekolah seperti hujan lebat, panas terik, banjir dan sebagainya.

Cara menghayati sifat sabar:

· Baca sejarah pemimpin terkemuka dunia.
· Tolong adik-adik menyempurnakan kerja sekolah.
· Libatkan diri dengan kerja kemasyarakatan.
· Berlatih pengucapan awam (public speaking atau khitobah).
· Bela haiwan peliharaan di rumah dengnha cermat dan kasih sayang.
· Libatkan diri dengan aktiviti gotong-royong dalam masyarakat.
· Biasakan diri untuk lebih banyak mendengar daripada banyak bercakap.

Monday, March 8, 2010

JEMPUTLAH KHUSYUK DALAM SOLATMU

1. Kemahuan yang kuat (strong will), bak kata pepatah: “Di mana ada kemahuan, di situ adfa jalan.” Jadi, kita kena tanya diri sendiri dahulu sama adakita mahu mencapai khusyuk dalam solat atau sebalinya.
2. sebelum solat, sebaliknya dengarlah azan, jawab azan dan baca doa selepas azan.
3. Dianjurkan bersiwak sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasullullah s.a.w. sebelum setiap solat fardhu.
4. Berwuduklah secara sempurna.
5. Pakailah pakaian yang bersih.
6. Anggaplah ini solat yang terakhir.
7. Fahamilah maksud bacaan dalam solat.
8. Berhenti sejenak selepas bacaan setiap ayat.
9. Gunalah sutrah untuk menghadirkan khusyuk. Sutrah mampu mengehadkan pandangan mata, mengelakkan orang lalu di hadapan orang yang sedang bersolat dan menghalang usaha syaitan mengalihkan pandanganorang yang sedang solat.
10. Memandang tempat sujud.
11. Pelbagaikan surah yang dibaca dalam solat. Mengulangi surah yang sama akan menyebabkan solat menjadi rutin yang membosankan.