Opening :.

Monday, March 8, 2010

JEMPUTLAH KHUSYUK DALAM SOLATMU

1. Kemahuan yang kuat (strong will), bak kata pepatah: “Di mana ada kemahuan, di situ adfa jalan.” Jadi, kita kena tanya diri sendiri dahulu sama adakita mahu mencapai khusyuk dalam solat atau sebalinya.
2. sebelum solat, sebaliknya dengarlah azan, jawab azan dan baca doa selepas azan.
3. Dianjurkan bersiwak sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasullullah s.a.w. sebelum setiap solat fardhu.
4. Berwuduklah secara sempurna.
5. Pakailah pakaian yang bersih.
6. Anggaplah ini solat yang terakhir.
7. Fahamilah maksud bacaan dalam solat.
8. Berhenti sejenak selepas bacaan setiap ayat.
9. Gunalah sutrah untuk menghadirkan khusyuk. Sutrah mampu mengehadkan pandangan mata, mengelakkan orang lalu di hadapan orang yang sedang bersolat dan menghalang usaha syaitan mengalihkan pandanganorang yang sedang solat.
10. Memandang tempat sujud.
11. Pelbagaikan surah yang dibaca dalam solat. Mengulangi surah yang sama akan menyebabkan solat menjadi rutin yang membosankan.

No comments:

Post a Comment